| Title : | Singa & Permata |
| Venue : | |
| Date & Time : | Dec 27, 2004 (3 pm) |
| Tickets : | Free Admission |
| Ticket Contact : | - |
| Phone : | 603-7967 3454 |
| Fax : | 603-7967 3576 |
| Email : | pen_budaya@um.edu.my |
| Synopsis : | Pusat Kebudayaan Universiti Malaya akan mementaskan teater berjudul Singa & Permata, karya penulis Afrika, Wole Soyinka, terjemahan Roselina Khir Johari. Teater ini dipentaskan sempena Festival Teater MAKUM 2004 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Kisah berpusat di Ilujinle, sebuah perkampungan suku kaum Yoruba di Afrika yang sedang menghadapi cabaran pesat arus modenisasi. Anak gadis kampung itu, Sidi, menjadi rebutan antara Lakunle si guru sekolah dan juga ketua kampung Ilujinle, Tuan Bale Baroka. Bagaimanapun kedua-duanya gagal memikat hati Sidi kerana Lakunle terlalu mengikut cara Barat dan enggan membayar maskahwin, manakala Baroka pula mempunyai ramai isteri. Baroka - yang juga digelar Singa Ilujinle - telah memasang jerat dan muslihat melalui bantuan isteri pertamanya, Sadiku. Rancangan disusun dengan bijaknya untuk menawan dan memperisterikan Sidi. Antara para pelakon yang menjayakan persembahan ini adalah Rime Nazren, Engku Norzalifah, Shariful Akma dan Marlenny Deenerwan. - The Culture Centre of Universiti Malaya present Singa & Permata, a translation by Roselina Khir Johari of African playwright Wole Soyinka's The Lion and the Jewel, featuring Rime Nazren, Engku Norzalifah, Shariful Akma and Marlenny Deenerwan. |
Public Rating
(Outstanding)
( 1 ) votes
User Comments
Related Links




