You are not logged in. Please login here
| Title : | Teater Perdana DBP "Intan yang Tercanai" |
| Venue : | Dewan Bahasa dan Pustaka Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur Opening Hours : Mon-Fri: 8.30am-5pm, Sat: 8.30am-1pm URL : http://www.dbp.gov.my |
| Date & Time : | 8 - 12 Julai 2009; 8.30 malam; Balai Budaya Tun Syed Nasir, Jalan Dewan Bahasa, DBP. |
| Tickets : | RM20 & RM10 (warga emas dan pelajar) |
| Ticket Contact : | http://www.ticket2u.biz |
| Fax : | 03-2141 4109 |
| URL : | http://www.facebook.com/event.php?eid=89346996731 & http://intanyangtercanai.blogspot.com |
| Synopsis : | Karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan Pengarah: A.Wahab Hamzah Pelakon: Mardiana Alwi Arwindran a/l Kalaivanan Geethanjali Gausillia a/p Kathirvalu Rasdi Daud Penampilan Istimewa: Fauziah Ahmad Daud Norzizi Zulkifli Juhara Ayob Intan yang Tercanai adalah karya terkini Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan. Drama ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis atau dibahasakan Ungku Anis. Ungku Anis, seorang yang bijak, menawan dan sensitif. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial tidak mempunyai fahaman agama yang jelas walaupun dia pernah mengarak kavadi semasa perayaan Thaipusam penganut agama Hindu semata-mata untuk memenuhi nazar ibunya. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di universiti sedang dalam pencarian sebenarnya. Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa hingga sanggup datang bersama kawan-kawannya pada hari Danial menanggung kavadi menyentuh dan mengharukan hati Danial. Bukan itu sahaja, Ungku Anis juga terlibat dalam kerja-kerja sosial , membantu orang miskin di kampung malah hingga sanggup bersama-sama misi Kristian membantu orang di Guatemala dan negara-negara Afrika. Dalam usia muda Ungku Anis ke Makkah, tetapi Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong Al-Mu’aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Sama ada dia terkorban, tiada siapa yang tahu kerana Ungku Anis tidak pernah ditemui selepas itu. Kehilangannya telah mendorong Danial kemudiannya ke Makkah untuk mencari sahabat yang sangat dikasihi itu. Ada orang yang mengaku melihat kelibat wanita seperti Ungku Anis di Makkah. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil di Makkah yang mengatakan dia pernah membantu Ungku anis semasa peristiwa Terowong Al-Mu’aysam. Haji Fadzil pada suatu hari telah membawa Danial ke Gua Hira untuk menemui Ungku Anis. Drama ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Drama ini juga mengangkat sikap manusia yang dalam pencarian erti kebenaran. Dan juga bagaimana manusia-manusia yang hilang sifat kemanusiaan ketika dalam ujian musibah sedangkan selama ini sifat itulah yang diajarkan dan disemai ke dalam diri mereka. Dapatkan tiket di http://www.ticket2u.biz |
Public Rating
(Recommended)
( 7 ) votes
User Comments
| posted by TaKtaU TeNgOk, Thu 18.06.200911:59:08 AM Readers say: |
| Lagu tema citer ni sedap woo..
|
| posted by Janggel, Sat 11.07.200910:21:35 AM |
| Selain jalan cerita yang best..aku suka lagu2 yang dinyanyikan..memang sedap..syabas buat pengarah dan penulis...
|
| posted by gangeticus, Tue 21.07.200914:38:35 PM |
| Just another cynical attempt to humiliate and vilify the Hindus. Tak habis2 cerita yang sama. Why do you keep doing it? Does it make you so happy and proud? What if the shoe was on the other foot?
|
| posted by anak seni malaysia, Tue 28.07.200900:24:45 AM Readers say: |
| sebuah teater yg menarik..kalau tidak memahami jalan ceritanya dgn teliti, kita seakan-akan tidak paham akan jalan ceritanya.. ~jika mustahil pada ynag tersurat,carilah pada yang tersiratnya~
|
| posted by non-bumi, Tue 28.07.200919:30:08 PM |
| Jalan cerita kepala hotak kau! Kalau nak kutuk tu, teruskan mengutuk, tapi ingat, bukan semua orang penyabar macam saya. Ok?
|
Related Links




