search web kakiseni
[ go ]

member login

register now | why register?
registration/login problems?



BOH Cameronian Arts Awards

"Art is permitted to survive only if it renounces the right to be different, and integrates itself into the omnipotent realm of the profane."

- Theodor W. Adomo
You are not logged in.
articles

 View on multiple pages

17. 07. 2003
Boleh and Tak Boleh in Bolehland by Nizam Zakaria

Sebenarnya, saya telah lama mendengar tentang kewujudan 'The Instant Cafe Ensemble', malah tatkala di Singapura dahulu, ada beberapa orang rakan penggemar teater acap kali menyebut tentang pementasan 'The Instant Cafe Ensemble' yang sempat mereka tonton semasa berada di Kuala Lumpur. Mereka kagum dengan apa yang mereka tonton, yang menurut mereka, tidak mungkin dapat mereka saksikan dipentaskan oleh produksi teater dari Singapura. Pendek kata, mereka kagum dengan 'kebebasan' berkarya di Malaysia, dibandingkan dengan di Singapura, dari segi pementasan naskhah yang menyentuh persoalan politik semasa.

'The Instant Cafe Ensemble' terkenal dengan persembahan yang banyak menyentuh tentang keadaan dan suasana politik semasa yang berlaku di Malaysia. Persembahan mereka sering kali dipersembahkan dalam bentuk komedi pedas, maksud saya, satira komedi. Bagi mereka yang biasa dengan persembahan teater Inggeris tempatan, 'The Instant Cafe Ensemble' sinonim kepada persembahan-persembahan seperti ini.

'The 2nd First Annual Bolehwood Awards (The Director's Cut)' merupakan kesinambungan dari persembahan siri 'Bolehwood Awards' yang telah mendapat sambutan hangat sebelum ini. Siri pertama 'Bolehwood' telah menampilkan watak Ambrosia Lala yang telah dibawa oleh Jo Kukathas. Satu watak yang tidak mungkin dapat dilupakan, seperti watak Dame Edna Everage lagaknya.

Tetapi untuk kali ini, Ambrosia telah menukar namanya kepada Ribena Berry, sempena nama Halle Berry, pelakon wanita dari Hollywood yang pernah dianugerahkan dengan Oscar Pelakon Wanita Terbaik. Peminat 'Bolehwood' tidak perlu gusar, Kukathas terus menghidupkan watak Ambrosia dalam Ribena.

Kukathas cukup sedar bahawa tugas beliau berat sebagai tunggak utama persembahan komedi 'Bolehwood'. Untuk pergi lebih jauh dari siri pertamanya bukan satu perkara yang mudah. Teater satira komedi itu sendiri, bukan satu genre yang senang untuk ditangani ...

Kukathas sebenarnya boleh menarik nafas lega, kerana pada hemat saya, beliau telah dapat mengemudi 'Bolehwood' dengan cemerlang. 'Bolehwood' merupakan satu persembahan teater yang cukup menarik dan cukup 'accessible' bagi khalayak penonton yang mungkin masih belum terbiasa dengan persembahan teater. Saya sendiri cukup terhibur menonton 'Bolehwood'. Rasa-rasanya, sudah lama saya tidak ketawa terbahak-bahak tatkala menonton sebuah persembahan teater, sejak saya menonton teater 'Causeway' hasil tulisan Alfian Sa'at.

Bolehwood Awards 'Bolehland' telah ditulis dan dihasilkan oleh pelakon-pelakonnya sendiri (saya perlu menyebut nama-nama mereka di sini sebagai tanda hormat saya kepada hasil kerja mereka): Maya Abdullah, Ghafir Akhbar, Sean Ghazi, Soefira Jaafar, Jo Kukathas , Manesh Nesaratnam, Nell Ng, Rashid Salleh, Edwin Sumun, Patrick Teoh dan Shantini Venugopal. Dialog untuk 'Bolehland' juga telah dibantu oleh Na'a Murad dan Kam Raslan, dua orang penulis yang saya cukup hormat.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji tulisan 'Bolehwood'. Ia ternyata telah ditulis dengan baik. Beberapa kali tatkala menonton 'Bolehwood' saya telah membuat 'mental note' untuk mengingatkan diri saya bahawa persembahan teater komedi ini telah ditulis dengan baik. Pendek kata, 'skit-skit' yang telah dipersembahkan (dengan tajuk-tajuk seperti 'First Wives Club', 'West Sentul That Side Story' dan Dogs in Black') telah dilakarkan dengan menarik, kelakar dan pedas.

Pedas ... Memang apa yang dipersembahkan pedas dan panas. Tetapi bak kata pepatah Melayu, siapa makan cili, akan terasa pedasnya. Selitan kritikan serta teguran terhadap segala kekurangan yang kita sendiri mahu luahkan sebagai rakyat Malaysia, dapat mereka luahkan dengan baik melalui 'skit-skit' komedi yang dipersembahkan mereka dalam bentuk satira. Dalam hal ini, saya cukup kagum dengan keberanian mereka mempersembahkan sesuatu yang pastinya akan mengundang kontroversi. Topik-topik yang mereka sentuh, seperti soal Perkhidmatan Negara, hukum Hudud di Kelantan dan hipokrasi para ahli politik di Malaysia memang bertepatan dan seharusnya dihidangkan sebagai santapan minda khalayak teater di Malaysia. Ledakan zeitgeist yang diolah dan dipersembahkan secara satira komedi seperti ini pastinya akan membuat beberapa pihak kurang senang.

'Bolehwood' telah diarahkan oleh Jo Kukathas dan Sean Ghazi. Arahan mereka nampaknya telah berjaya mendapatkan terbaik dari pelakon-pelakon mereka yang sudah sedia baik dan berpengalaman.

Lakonan para pelakon memang 'superb'. Perkara ini tidak boleh disangkal lagi. Loghat yang digunakan bertepatan dengan watak yang diberi. Perkara ini penting, memandangkan para pelakon terpaksa mengambil watak-watak yang berlainan di sepanjang pementasan (yang membawakan pelbagai 'skit'). Saya cukup kagum dengan kebolehan Kukathas, Sean dan Rashid membawa watak-watak mereka. Tetapi, saya paling kagum dengan lakonan Shantini Venugopal, yang pada hemat saya mempunyai 'comedic timing' yang baik ditambah lagi dengan wajahnya yang penuh bersahaja tatkala membuat lawak.

Jika terdapat apa-apa kelemahan yang dapat saya saksikan pada pementasan hari Jumaat yang boleh saya ketengahkan, mungkin kelemahan dari segi teknikal. Terdapat masalah audio yang sedikit sebanyak menganggu persembahan penonton, tetapi cepat-cepat dapat diatasi. Kukathas juga pandai memainkan peranan untuk menutup kelemahan ini dengan terus berlakon dan berjenaka.

Penataan cahaya (Lim Ang Swee) dan rekaan set (Sean Ghazi & Jo Kukathas) agak minima, tetapi memadai untuk produksi komedi ini yang lebih tertumpu pada arahan, lakonan dan dialog yang cemerlang.

Menonton 'Bolehwood' seperti berada dalam satu simulakrum. Ruang dalam 'Bolehwood' disarati dengan duplikasi dan fragmen yang berbeza-beza yang terwujud dalam satu ruang masa dan waktu yang sama seperti yang disebutkan Baudrillard. Alam simularkum 'Bolehwood' seolah meleburkan realiti dan ilusi sehingga penonton sukar membezakan apa yang nyata. Kekeliruan ini ditambah lagi dengan kemampuan Kukathas berlakon dengan spontan, sebagai Ribena Berry. Beliau kadangkala akan berinteraksi dengan penonton lantas membuahkan elemen 'stand-up comedy' hidup yang sememangnya 'witty' dan lucu.

Simulakrum 'Bolehwood' memang menjadi, dan sebagai penonton, kadangkala saya rasakan apa yang sedang saya tonton bukan sebuah persembahan teater, tetapi sebuah acara anugerah filem yang bukan sahaja dapat membuatkan penontonnya tidak kering gusi, tetapi apa yang lebih penting, ia mampu menggambarkan keadaan sebenar yang sedang berlaku di Malaysia (yang sendirinya sebuah simulakrum penuh paradoks yang terserat kisah-kisah yang boleh dianggap kelakar dalam seram).

'Bolehwood' adalah sebuah produksi yang harus kita tonton. Bagi saya ia merupakan satu produksi yang nyata 'brilliant' dan mengkagumkan. Ia bukan sebuah persembahan garda depan yang meminta penontonnya terlalu banyak berfikir; 'Bolehwood' bagi saya sebuah produksi yang tulus, telus, menghiburkan dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Jika anda hanya mempunyai budget untuk menonton hanya sebuah sahaja produksi teater pada tahun ini, pastikan anda pergi menonton 'Bolehwood'.

The 2nd First Annual Bolehwood Awards (The Director's Cut) masih boleh ditonton di Atmosphere TwelveSI dari 15-17 Julai 2003. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.

Artikel ini adalah ihsan daripada Nizam Zakaria

KLIK DI SINI untuk membaca kenyataan akhbar oleh Artisproactiv mengenai tindakan DBKL untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen kepada Instant Café Theatre Company untuk apa jua persembahannya di masa hadapan.

CLICK HERE to read Artisproactiv's press statement on DBKL's decision to cease issuing licenses to the Instant Café Theatre Company for future productions.

Click on the following links to read statements from the respective groups/individuals:

  • Five Arts Centre
  • dramalab
  • Na'a Murad, Film Worker
  • Aliran
  •  View on multiple pages

    User Comments

    posted by Tok pa
    Readers say: (Dey, get real!)
    No compulsion in religion means just that, no one should compel you to do what is required by God of you. It doesn't mean you can do whatever you want, it means do whatever you want tapi kalau bertentangan dengan perintah Tuhan tanggunglah dosa, ya. Drinking alcohol is not trivial (not to a muslim) because it has clearly been forbidden by God, you choose to do so at your own peril (if you really have faith in Islam than you should know what 'being forbidden' by God really means... an example, you know fire is hot, and reason tells you if you put your hands in a bonfire, your hands will burn, but you can choose to do it if you so want.).

    There are limits to Ijtihad (yes Sheryll I think it is wrong for the doors of Ijtihad to be closed), and the limit is the Quran and the hadiths, if it clearly is against whatever is said in the Quran and reliable hadiths, then it is wrong (if you [a muslim] still think it's right then you are denying the basis of your own arguments, the zero degree where your reason start, so to speak, and you should ask yourself, if you really believe in Islam..) I would think of these allowances and prohibitions by God as guidance for this life and the life after, if you have submitted to the religion, that is.

    Please e-mail me if you think I don't make sense.

    As for wearing the tudung, I used to think it was a requirement but after reading http://www.dawn.com/2003/05/19/fea.htm#4 , I am convinced it's a tradition evolved by men to control women, because there is no basis for it in the Quran.

    I'm sorry for being off-topic here.

    As for the ICT debacle, I would blame DBKL for being close-minded and ignorant, and the government for repressing our thoughts. And of course there are some who choose to be close-minded, I blame them too. And I blame myself if nothing I write here makes sense...:)

    But what Christine said is also right. Is there no limit to what art can do? Is freedom of speech really freedom of speech? Or is it just freedom of received morality? Stanley Fish, I think, has written an essay or two on freedom of speech. Very enlightening.

    And Na'a (?) I've read the 'desire' book a few years ago, I'm afraid it's not very convincing...(and rather patronising).

    Thank you.

     

    Related Links

      print | e-mail to a friend | post comment