search web kakiseni
[ go ]

member login

register now | why register?
registration/login problems?

BOH Cameronian Arts Awards

"Politics is the art of preventing people from taking part in affairs which properly concern them"

- Paul Valery

Notice Board

Femes talent

Looking for a female vocalist/ guitarist

Design + printing service

Professional photo editing available

Indian &malay gals wanted to act along bollywood stars

Urgenttlyyy needed a bass player!!!!!!

Day, night & bridal make-up on www.surayanuar.com updated!

P ramlee the musical ticket

"sessionist services" / wanted urgently !""female pianist cum singer&female singer cum guitarist"

"personal music class "(klang&petaling jaya only)&"2 / 3 /4 piece acoustic band for live shows or events"

You are not logged in.
articles

 View on a single page

13. 03. 2008
Rahime Harun: 1954 - 2008 by Dr. Zulkifli Mohamad


UPDATE:  FUNERAL DETAILS FOR ALLAHYARHAM HJ RAHIME HARUN:


Jenazah Allahyarham Hj Rahime Harun will reach KLIA tomorrow 18 March 2008 at 545am. Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Hidayah, Jalan B6, Taman Melawati dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Ulu Klang sebelum waktu zuhur.





Rahime Harun dilahirkan kembar di Georgetown, Pulau Pinang pada 29 September 1954. Allahyarham mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di Sekolah Saint Mark, Butterworth, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Georgetown, Pulau Pinang. Beliau menyambung pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972 dan menjadi graduan Bachelor of Arts dalam bidang Industrial Design pada tahun 1976. Beliau pernah berkerja sebagai Pereka Muda di Paul Corley Kadar Associates, Pereka di Lembaga Kraftangan Malaysia, Display Executive di Metrojaya, dan Pemangku Kurator di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di antara tahun 1976 dan tahun 1983.

Allahyarham mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam Diploma Entrepreneurship Development (Art Business) di ILO, Turin, Italy, dengan menerima biasiswa daripada Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984. Beliau kemudiannya menubuhkan galeri persendirian, A.P Gallery, bersama isterinya, Puan Zarina Ariffin, apabila Melewar Corporation membaikpulih bangunan Central Market menjadi Pasar Seni pada tahun 1985.

Sebagai seorang printmaker, Rahime pernah mengambil bahagian dalam lebih dari 30 buah pameran di Malaysia dan luar negara, bermula dari Pameran Seni & Reka di Shah Alam pada tahun 1976 dan Anak Alam pada tahun 1983 hinggalah ke Bangkok, Seoul, Hanoi, Jogjakarta, Mexico dan London pada tahun 1996. Pameran Self-Portraitnya AKU, yang dikuratorkan oleh J.Anu, pernah diadakan di Galeri Petronas, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Sebagai seorang rakan kongsi sebuah galeri pula, Rahime sudah pernah menganjurkan hampir 70 buah pameran seni rupa di Malaysia dan di United Kingdom, yang memaparkan hasil karya seniman-seniman terkenal Malaysia termasuk O.Don Eric Peris, Ahmad Khalid Yusoff, Sharifah Fatimah Zubir, Ismail Ab.Latif, Raja Azhar, Khalil Ibrahim, Wong Kim Chin, Rudolf G.Usman serta Kumpulan Matahati.

Beliau kembali ke menara gading pada tahun 1995 untuk menyambung pengajian ke peringkat Master of Art and Design Education di bawah De Monfort University, United Kingdom dan Universiti Teknologi MARA.

Allahyarham Rahime Harun, sebagai seorang seniman sekaligus pencinta seni rupa, bukan hanya aktif mengurus, menulis dan memberikan syarahan tentang seni rupa dan pengurusannya, tetapi beliau juga merupakan seorang kolektor seni rupa yang aktif dan disegani ramai. Kredibilitinya sebagai seorang pejuang seni di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai juri pertandingan-pertandingan seni rupa, termasuk Bakat Muda, Balai Seni Lukis Negara dan Open Show, Galeri Shah Alam sejak tahun 1983.

Semangat “Anak Alam”nya yang memperjuangkan seni di Malaysia, menyaksikan beliau bergiat aktif dalam banyak persatuan semasa hayatnya, termasuk Persatuan Pelukis Malaysia, International Artists Association, Angkatan Pelukis Semenanjung, Ahli Seumur Hidup Penulis Nasional(PENA) serta penasihat Angkatan Karyawan Aktif Kuala Lumpur(ANGKA) yang bergiat dalam bidang teater. Sebagai seorang yang banyak mempunyai pengalaman di dalam bidang seni, Allahyarham Rahime Harun, tidak pernah jemu untuk memberikan galakan dan dorongan kepada seniman-seniman muda untuk terus berjuang menegakkan seni.

Rahime juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Galeri Shah Alam dan Selangor Art Foundation antara tahun 1997-2001. Beliau terpaksa berundur dari jawatan Ketua Pengarah di BSLN pada tahun 2005 kerana sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Pun begitu allahyarham tidak boleh tidak untuk menghadiri pameran-pameran seni rupa serta persembahan-persembahan teater dan sempat menganggotai penubuhan awal Majlis Seni Malaysia.

Terakhir, kita sempat menyaksikan rakaman video beliau berbicara tentang kumpulan seniman Matahati yang ditayangkan di Pembukaan Pameran Matahati di Galeri Petronas pada hari Isnin 10 Mac 2008 lalu. Beliau dikatakan sebagai orang penting di dalam penubuhan awal kumpulan tersebut.

Rahime Harun, seniman dan pejuang seni Bangsa Malaysia, telah diserang sakit jantung semasa berada di Melbourne, pada 11 Mac 2008 dan beliau diberitakan kembali ke rahmatullah pada jam 4.45 petang, 12hb Mac 2008 di Melbourne Hospital, Melbourne, Australia. Sesungguhnya kita telah kehilangan sebutir lagi bintang yang menyuluh dunia seni rupa kita.

Semuga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah dipanjatkan kepada balu allahyarham, Puan Zarina Ariffin dan anak tercinta serta seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah.

**Updated
Jenazah Allahyarham Rahime Harun yang bakal tiba di Kuala Lumpur International Airport, Sepang pada 18 Mac 2008 akan dibawa ke kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

~

Zulkifli Mohamad lectures on dance theatre, traditional theatre, arts management, and visual arts at University Malaya.

Picture source : http://blog.zulkhas.com/

 View on a single page

User Comments

posted by Hj Zainal Rahman, Thu 20.03.200800:39:39 AM
Al Fatiha
Assalamualaikum wr wb
Have known Rahime since he first step in as a student at the School of Art & Design, Mara Institute of Technology. As his lecturer, I am very proud to see that Rahime had exploited to his fullest whatever knowledge and ability to be where he was.
Semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya.
Deepest condolesnce to Zarina and family.

 

posted by Kamarul AR, Wed 19.03.200815:36:43 PM
Salam. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Melalui allahyarham Majlis Teater Negeri Selangor dapat bertapak menggunakkan GaleriSeni Shah Alam. Takziah buat keluarga allahyarham.

 

posted by Nazura Rahime, Mon 17.03.200813:10:06 PM
Salam to everyone,

Jenazah Allahyarham Hj Rahime Harun will reach KLIA tomorrow 18 March 2008 at 545am. Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Hidayah, Jalan B6, Taman Melawati dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Ulu Klang sebelum waktu zuhur.

Harap Maklum.

 

posted by A. Samad Said, Sun 16.03.200809:02:56 AM
Datang dan pergi memanglah sesuatu yang pasti. Tapi,bagi Allahyarham Rahime datangnya bertugas dan perginya berbekas.Seni dan ilmu, simpati dan dharma menjadi inti kehidupannya. Takziah, dan kepada keluarganya.Bersabarlah.-- A. SAMAD SAID.

 

posted by Kathy, Sat 15.03.200801:30:34 AM
To the family of the late Dr Rahime Harun, our condolences and prayers at this difficult time. May he rest in peace.

Kathy Rowland and the Kakiseni team

 

posted by ramlan abdullah, Fri 14.03.200820:09:02 PM
takziah kepada keluarga haji rahime harun semoga bersabar dengan pemergian beliau dan doa kami semoga roh nya akan mendapat tempat yang mulia disisi allah amin.
wassalam
ramlan abdullah

 

posted by anwar azhari, Fri 14.03.200812:25:45 PM
Yayasan Seni Selangor & staf Galeri Shah Alam menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Jasa baik dan sumbangan beliau kepada kami cukup berharga dan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

 

posted by nur hanim, Fri 14.03.200810:34:12 AM
YAYASAN KESENIAN PERAK serta para seniman di sekitar Perak mengucapkan takziah kepada Puan Zarina sekeluarga. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 

posted by Nazura Zahian Rahime, Fri 14.03.200808:46:17 AM
Assalamualaikum everyone,

Terima kasih atas segala ingatan kepada Arwah bapa saya, Hj Rahime Harun.

We are going home on 15 March 08. I'll notify when the body will arrive in Kuala Lumpur for burial in Tanah Perkuburan Klang Gate, Ulu Klang.

If you would like to have any latest updates, please call my house at 41077686 or our office at 41058386/41062963.

 

posted by Yusuf Martin, Fri 14.03.200807:47:48 AM
Readers say: (Dey, get real!)
And it would have been so much more accessible if it were in English.

 

Related Links

    print | e-mail to a friend | post comment