search web kakiseni
[ go ]

member login

register now | why register?
registration/login problems?



BOH Cameronian Arts Awards

"Only sick music makes money today."

- Nietzsche
You are not logged in.
articles

 View on a single page

24. 06. 2003
Diskusi Secangkir Latte Bersama Faridah by Adam Tuan Mukriz

Faridah Merican, selaku pengarah dan penerbit eksekutif Rashomon, sempat berbicara dan memberikan buah fikirannya tentang teater di dalam kesibukan menguruskan persiapan untuk pementasan hasil karya Ryunosuke Akutagawa yang akan bermula Jumaat ini di The Actors Studio Bangsar.

tentang isu-isu pedas yang kadang-kala dipentaskan

Jika ingin memikirkan setiap isu sekitar, [kesudahannya] kita mungkin tidak dapat membuat apa-apa pun. Lebih baik menutup buku, menghabiskan masa di rumah dan melupakan langsung bidang seni! Kini, [wujud] sesetengah golongan yang ingin mencari sesuatu yang tidak kena di dalam pementasan teater. Di mana-mana juga komuniti, bukan sahaja di Malaysia, akan ada yang memandang dan berkata: Kenapa buat macam itu? Ini tak boleh! It’s not us-lah! Ini bukan kita! Apa maksud ini bukan kita?

Dengan berfikiran sebegini, kita telah mengasing-asingkan diri kita dengan berkata: Kita Melayu! Kita orang Asia! Kita Islam! Kita ada kesopanan! Yang sedihnya, mereka yang begitu kritikal ini kadangkala merupakan orang teater juga. Saya faham isu-isu yang sentiasa akan timbul tetapi dalam masa yang sama, saya juga perlu bersikap jujur terhadap diri sendiri dan menghasilkan kerja yang boleh menjadi kebanggaan saya.

Sebagai seorang penerbit [teater], saya tidak akan menjawab kritikan-kritikan sebegini tetapi akan terus menerbitkan persembahan yang saya fikir bagus. Persembahan teater yang bagus dibuat untuk penonton dan dapat mengundang mereka untuk berfikir.

tentang kritikan dan komen

Kita perlu menggalakkan kritikan yang membina. Elakkan serangan peribadi! Komen-komen yang saya baca di laman web Kakiseni misalnya, panjang berjela-jela! Saya sendiri pun tidak tahu di mana silapnya [sehingga mereka bersikap begini]. Mungkin mereka [pengkritik] gemar mendengar alunan suara sendiri. Mungkin juga mereka mempunyai terlampau banyak masa! Mengapa tidak digunakan tenaga dan masa yang dihabiskan untuk menulis komen itu untuk mereka sesuatu! Janganlah hanya menjadi pengkritik kerusi malas.

tentang teater Melayu

Teater Melayu sekarang sedang menderita kerana tidak cukup orang yang membuatnya. Saya bukannya mempersoalkan produksi teater berbahasa Melayu puluhan juta ringgit di Istana Budaya tetapi teater Melayu [independent] seperti Teater Ekamatra di Singapura. Di Malaysia, adalah segelintir yang melakukannya. Setahun, sekali dua [pementasan]. Tak boleh begini! Dengan kekerapan [mementaskan teater] akan menimbulkan rasa minat orang lain [untuk mengikut jejak langkah kita].

Banyak yang berkebolehan di dalam teater Melayu tetapi mereka tidak mempunyai fokus dan komitmen. Saya pernah diberi pendedahan untuk melihat bagaimana teater Melayu dipraktikkan. [Kesimpulannya] tiada disiplin dan komitmen. Bukan semua bersikap sebegini tetapi sebilangan besar. Mereka tidak mahu ambil tahu.

Sikap ‘tidak mahu ambil tahu’ ialah dilema Malaysia. Membaca suratkhabar pun sudah tidak mahu dan bangga pula menyatakan bahawa mereka tidak membaca suratkhabar! Kita baru berbincang tentang Malaysia sahaja, bukannya meminta mereka terlibat di West End, Broadway ataupun di Singapura!

tentang masalah bahasa untuk pelakon Melayu menembusi teater berbahasa Inggeris

Semuanya bergantung samada kita ingin memperbaiki diri kita ataupun tidak. Adlin Aman Ramli contohnya, tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik tetapi dia belajar. Dia berlakon di dalam Manchester United and the Malay Warrior yang dibawa ke Edinburgh.

Kita telah melewati peringkat di mana kita harus bertutur ala Shakespeare ataupun ala Ratu England untuk membuat teater berbahasa Inggeris. Kita bertutur di dalam bahasa Inggeris sebagaimana rakyat Malaysia menuturkannya. Yang penting, kita haruslah mempercayai dan memahami teks kita untuk menyampaikannya secara berkesan kepada penonton.

Tetapi kadangkala, kelompok yang mempraktikkan teater Melayu tidak mahu bertutur di dalam bahasa Inggeris. Yang bercakap di dalam bahasa Inggeris akan dikritik! Seorang pensyarah universiti yang memberikan ideanya secara tulisan di dalam bahasa Inggeris berkenaan sebuah pementasan teater Melayu telah dimarahi. Mengapa begitu cepat [kita] memberikan kritikan?

tentang bantuan kewangan

Kita tidak boleh menantikan bantuan kewangan sahaja. Kita mesti buat kerana kita percaya dengan apa yang kita lakukan. Duit akan datang [akhirnya] walaupun di dalam jumlah yang sedikit. Bagaimana bantuan kewangan boleh diberikan tanpa sebarang persembahan hasil kerja? Nasihat saya, rajinlah bekerja. Jika tidak, you can kiss yourself goodbye!

tentang Ronggeng Rokiah…

Dr Anuar Nor Arai [pengarah Ronggeng Rokiah] mungkin faham benar dengan [maksud dan konsep] genre noir tetapi ini tidak semestinya bermaksud ia dapat digarap semudah itu untuk pementasan teater. Saya sukakan teknik cahaya Ronggeng Rokiah. Namun, teknik cahaya sebegini sepatutnya diadaptasikan untuk Istana Budaya yang [berkapasiti] besar.

Tajuk Ronggeng Rokiah merupakan satu marketing tool yang hebat! Ia mengandungi pelbagai tarikan visual tanpa teks yang terlalu banyak. [Jadi] seandainya Dr Anuar berfikir dengan lebih panjang untuk memecahkan tembok pemisah [teater mengikut kaum] dengan menarik perhatian penonton bukan Melayu, dia memang berkesempatan untuk melakukannya.

Contohnya, carilah mereka yang betul-betul boleh menarikan tango dan fox trot. Bukannya mereka yang boleh menari setapak dua. Memang ada penari-penari [bukan Melayu] di Malaysia yang berupaya untuk menari. Kenapa mereka tidak diambil? Marilah kita sama-sama mengakui kebolehan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain. Dan dengan mudahnya pintu Istana Budaya boleh dibuka kepada pelakon dan penonton bukan Melayu.

[Ronggeng Rokiah] sepatutnya menjadi saatu pengajaran kepada Dr Anuar. Saya berharap agar dia telah mempelajari sesuatu dari [persembahan]nya; bagaimana [kompleksnya] untuk menterjemahkan genre film ke atas pentas.

tentang penapisan

Penapisan bukan sahaja akan membantutkan bidang teater tetapi juga bidang penulisan, filem dan apa juga yang boleh dilabelkan sebagaikan kreatif. Bidang-bidang ini sepatutnya diberikan carte blanche.

The Baltimore Waltz contohnya, nyaris diharamkan oleh DBKL. Teater ini datang hampir sejurus selepas [kontroversi] The Vagina Monologues. Lembaga penapisan seolah-olah tidak berkeupayaan untuk menilai sesuatu persembahan itu secara berasingan. Tidak mengapalah jika ada masalah dengan The Vagina Monologues. Mengapa perlu tersangkut-sangkut dengan [persembahan] yang lain-lain pula?

Bukankah lebih elok jika tiada lembaga penapisan kerana kita akan meletakkan sepenuh tanggungjawab di atas bahu orang-orang yang mementaskan teater tersebut. Biarkan mereka lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan.

Saya percaya jika kita ada sistem pelajaran yang tepat dan jika kita dididik dari kecil untuk berfikir secara bicak dengan menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan, kita [sudah tentu] berupaya berfikir dengan sendiri. Yang penting, jika kita bersikap jujur terhadap apa yang kita lakukan, teruskanlah.

 View on a single page

User Comments

posted by saya lagi...
my point is... if there are other bodies even government bodies yang mahu beri monetary donation of funds to actors studio maka mereka tak perlu lagi sponsor dari carlsberg...it's as simple as that... kalau itu nampak macam menyokong carlsberg tak tahu lah...

kita nampak actors studio di bangsar sahaja.. tapi tak nampak sumbangan actors studio di dataran (agaknya sebab kedudukannya yang dah sememangnya underground) yang banyak menolong produksi kecil yang mungkiin bersifat lebih eksperimental. banyak kumpulan penggiat seni muda tanahair yang menjadikan tempat itu sebagai langkah permulaan mereka... itu yang saya tangisi kehilangan actors studio dataran...

yang saya pelik kenapa kebanyakan orang di malaysia ni nak lihat dari sudut negatif saja? itu memang saya tak faham langsung. kita hidup ni nak carik kesalahan orang lain jer ker? diri sendiri dah perfect? saya akui saya tak perfect ... that's why kita kena lihat benda-benda yang positif... yang boleh kita ikuti... yang kurang elok kita jadikan pengajaran untuk tidak diulangi...

kalau ramai yang tidak suka dengan cara actors studio dan katakan mereka hanya memenuhi selera kelas atasan saja ... manakah kumpulan-kumpulan lain yang lebih menepati citarasa orang 'kelas bawahan' ni? kenapa asyik nak attack orang.. kan baik kalau kita sendiri yang wujudkan produksi teater untuk kumpulan-kumpulan ini? apa yang kita dapat kalau asyik mengata orang? at least actors studio are doing their part in making theatre experience a norm dalam masyarakat kita yang terlalu selesa dengan filem-filem cinta komersial terbitan tempatan yg kualitinya tak seberapa?

 

posted by Samsul
Mereka lihat tidak macam anda lihat. Mereka lihat begitu agar kecacatan yang ada dibaiki. Jika anda tidak nampak macam mereka nampak jangan kata mereka itu negatif. Kalau anda mahukan positifnya, untuk kelas atasan dan bawahan, pertanyaan saya apa pengetahuan dah dibina dari pertontonan itu? Setakat adakan pentas dan nak claim 'at least actors studio are doing their part'mereka juga boleh kata mereka juga buat part mereka tengokkan apa yang silap. Persoalannya apa kepentingan 'part' actor studio dalam pengetahuan berteater?

 

posted by Bart
Carlsberg atau pun tidak, itu lain perkara.

Soal pokoknya sekarang, rakyat Malaysia ramai yang suka berdebat. Terlalu filosofikal.

Itu sahaja.

 

Related Links

    print | e-mail to a friend | post comment