22. 07. 2003
KENYATAAN AKHBAR OLEH ARTISPROACTIV by Artisproactiv
81 Suara Menjawab Satu
Artisproactiv, sebuah gerakan penggiat seni ingin melahirkan rasa kurang senang serta tidak puas hati terhadap pengumuman DBKL untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen kepada Instant Café Theatre Company untuk apa jua persembahannya di masa hadapan.
Ini merupakan tindakan paling keras dalam siri beberapa keputusan yang telah diambil oleh DBKL sebagai tindakan susulan terhadap sekeping surat aduan ke atas komuniti seni. Tindakan DBKL, yang sering kali dilakukan selepas ia mengeluarkan lesen, bukan sahaja memberi kesan terhadap komuniti seni, tetapi ia mempunyai implikasi yang lebih besar kepada negara. Kami meminta agar rakyat Malaysia dan mereka yang diberikan mandat oleh rakyat untuk mengimbas kembali kepentingan industri seni dan bagaimana penapisan boleh membantutkan pembangunan sesebuah negara dari segi pemikiran kreatif, demokrasi dan ekonomi.
Sebagai satu saluran ekspresi untuk pelbagai budaya di Malaysia, seni telah berupaya menempatkan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan kaya dengan budaya – dengan imbangan antara nilai tradisi dan moden – satu asas penting dalam Islam yang jelas hormat kepada kepercayaan agama-agama lain.
Pada tahun 2002, negara telah merekodkan perolehan terus sebanyak RM25. 7 billion melalui industri pelancongan. Perolehan ini dikenal pasti melalui perbelanjaan hiburan, membeli-belah, hotel-hotel, yang mana ia merangkumi budaya dan seni ? seni visual, tarian, drama, filem, muzik dan banyak lagi. Dianggarkan, seni visual tempatan sendiri, sekurang-kurangnya dapat membawa pulangan RM50-100 juta.
Dalam istilah kreatif, arena seni merupakan wacana untuk para penggiat seni mengasah bakat dan pemikiran, dan seterusnya mematangkan kebolehan mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang seni. Sehingga kini, kita mampu berbangga kerana ramai penggiat seni kita yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, dan mampu menobatkan nama negara di peta dunia.
Dewasa ini, industri seni di Malaysia dilihat dari sudut “budaya” dan “integrasi”. Anjakan pemahaman yang mutakhir perlu merangkumi kesan-kesan ekonomi dan kreatif yang mampu dilakukan oleh seni sebagai sebuah industri, kerana ia bersangkut paut kepada industri-industri kreatif yang lain seperti industri rekaan, rekaan grafik, juga senibina.
Di samping kreativiti dan ekonomi, seni juga mempunyai tanggungjawab penting demi menjana pembangunan dan amalan sistem demokrasi di dalam sesebuah negara.
Sejak merdeka, dalam Rukunegara sendiri, penubuhan Malaysia telah diasaskan dengan mengambil kira lingkungan pelbagai budaya, bangsa dan agama. Rasa hormat terhadap hak individu untuk mengamalkan agama dan ekspresi budaya merupakan satu simbol yang melambangkan amalan demokrasi di Malaysia. Apabila peluang untuk mengamalkan agama serta ekspresi budaya dihadkan – melalui cara “ad-hoc” dan penapisan secara melulu oleh badan-badan kerajaan, semangat demokrasi ini jelas dikongkong. Tiada sebuah negara pun di dalam dunia yang boleh mengaku sebagai pengamal demokrasi tulen. Bagaimanapun, rasa hormat kepada suara-suara minoriti merupakan definisi demokrasi yang diterima pakai oleh komuniti antarabangsa.
Dalam pada negara bersungguh-sungguh mahu menentukan masa hadapannya sendiri, kita perlu dekati cabaran kelima Wawasan 2020, yang jelas mahu ?mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.?
Tindakan DBKL, jelas tersasar jauh dari objektif cabaran ini. Akhirnya, penapisan seperti ini akan mengongkong kemajuan negara dari aspek tiga bidang utama yang telah menyumbang kepada negara sehingga kini ? kreativiti, demokrasi dan ekonomi. Sebagai penggiat seni yang mengamalkan amalan budaya kita sendiri, kami percaya bahawa penapisan sebegini adalah mampu mengakibatkan keruntuhan industri seni itu sendiri dan jelas berbahaya.
Kami menyeru agar DBKL menarik balik keputusannya untuk tidak mengeluarkan permit terhadap Café Theatre Company untuk persembahan-persembahannya akan datang, serta meneliti kembali dasar-dasar penapisan terhadap seni.
Kenyataan oleh Artis Pro Activ di atas telah dikeluarkan bersama oleh Individu dan Organisasi Berikut:
1. Amir Muhamad
2. Anand Kailayapillai
3. Ann James
4. Ann Lee
5. Antares (Kit Leee), Theatre Reviewer
6. Artisproactiv
7. Ashvin Raj
8. Bernard Chauly
9. Bernice Chauly
10. Carmen Nge
11. Cheah Kah Peng
12. Chong Wei Yee
13. Clarissa Lee
14. David Wong Tay Woei
15. Dinesh Nair
16. Eddin Khoo
17. Fahmi Fadzil
18. Five Arts Centre
19. Foo Chewei
20. Foo May Lyn
21. Hann
22. Henry Chan
23. Himahlini a/p M. Ramalingam
24. Ida Mariana
25. Izlyn Ramli
26. James Lee, Filmaker
27. Jane Chauly
28. Janet Lee
29. Jerome Kugan
30. Junil Jayaratnam
31. Kathy Rowland
32. Kean Wong
33. Khoo Khay Jin
34. Kitrhona Ramday
35. Kuali Works
36. Kubhaer T. Jethwani
37. Leia Aljoffery
38. Lew Marsh
39. Lia Syed
40. Lim Chung Wei
41. Lorna Tee, Freelance Theatre Worker
42. Marion D’Cruz
43. Mark Teh
44. Medaline Chang
45. Navamalar a/p M. Ramalingam
46. Niki Cheong Peck Beng
47. Nizam Zakaria
48. Noreen
49. Pang Kee Thiek
50. Patrick Teoh
51. Paul Lau
52. Pete Teo, Musician
53. Pia Zain Azraai
54. Raja Petra Kamaruddin
55. Ray Langenbach
56. Rey Buono
57. Richard Chang
58. Richard Harding
59. Ronnie Liu
60. Saidah Rastam
61. Seow Hsueh Liang
62. Sharaad Kuttan
63. Stephen Chong
64. Susan Lau
65. Susan Loone
66. Suzanne Lazaroo
67. Tasnem Aljoffery
68. Teoh Pei Sze
69. Uma Devi Chandran
70. Wilson Wong
71. Women’s Aid Organization
72. Wong Chin Huat
73. Wong Hoy Cheong
74. Wong Kan Noi
75. Wong Tay Sz
76. www.kakiseni.com
77. Yee Ilann
78. Zarul Albakri
79. Zedeck Siew
80. Mary Cardoza
81. All Women’s Action Movement
Untuk versi Bahasa Inggeris, sila klik di sini. Click here for the English version.
User Comments
| posted by ahmad din |
| Boring
|
Related Links
print | e-mail to a friend | post comment




